Monday, October 26, 2009

Web design

Assalamualaikum

Lama xbuat posting, agak sibuk kt rumah n aktiviti persatuan. Mak dan ayah ak tgh sibuk menguruskan keperluan utk menunaikan haji dan mengadakan kenduri; ak lah yg tgk2 toyol tu masa mak dan ayah ak sibuk.

Dengan Silat Cekak, cam biasa; g training. Sabtu lps ade majlis di UUM dan mlm tu g Arau, ade majlis ijazah untuk potong dan tamat kt cawangan Perlis. Cawangan Kedah masuk skali. Petang tu, lps majlis kt UUM, ramai2 g minum...waktu tu ak xtau kt mana diorang pi, jd ak ekor je. Masa tu gak, kete xnk respon kt kunci. Nk dekat 10 minit ak picit punat tu, akhir skali bukak manual dan matikan penggera. Lps tu tutup balik pintu, cuba tekan punat. Bole lak plak!

Keluar dari UUM, ak call abg Chot... tanya minum kt mana? Dia bgtau, kt warung dalam perjalanan ke Arau. Ak tau tmpt tu. Trus memecut, bila nk parking...ade simpang kecik kt tepi, masuk balik jalan utama. Parking dpn keta Adi.

Sampai depan warung je kena gelak sbb tiba2 ak tukar tmpt letak keta, huhuhuhu. Ptg tu Pak Long blanja. Tgh2 makan, Adi mintak ak buat website untuk cawangan. Ak cakap ok.

Ak dh lama xbuat HTML. Kebanyakan masa kt universiti, ak buat program pakai MATLAB, terutamanya bila dh malas nk cuba jaya soalan. Siap je program, masuk nilai...laju je kuar jawapan. Nk install Dreamweaver....takut sangkut komputer ak.

Setakat ni, banner dan HTML dier dh siap, ak tgh buat menu lak. Mlm ni tunjuk skit kt Adi.

Mutiara kata:
Immortalized your thought for eternal life

More to come...

Friday, October 23, 2009

al-Fatihah

Assalamualaikum

Ayah kepada ahli tammat PSSCMUMP, Shamir bin Sharafuddin baru sahaja kembali ke rahmatullah.

Takziah diucapkan kepada beliau dan ahli keluarga. Moga dikurniakan kekuatan olehNya untuk menempuh dugaan ini.

al-Fatihah.....

Tuesday, October 20, 2009

Rahsia Solat

Assalamualaikum

Tgh2 tensen buat proposal, cr sedikit bahan bacaan...

Artikel yang agak menarik ak jumpa kt Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK)

Ali bin Abi Talib r.a berkata, “Sewaktu Rasulullah s.a.w duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lulu berkata,

‘Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s yang tidak diberikan kecuali pada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.’

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,

‘Silakan bertanya.’

Berkata orang Yahudi,

‘Sila terangkan kepadaa kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’

Sabda Rasulullah S.A.W

‘Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s memakan buah khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya diantara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.’

Setelah orang yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullah s.a.w, lalu mereka berkata.,

‘Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahal yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.’

Rasulullah s.a.w bersabda.

‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.’

Sabda Rasulullah s.a.w lagi,

‘Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.’

Selepas itu Rasulullah s.a.w membaca ayat yang bermaksud,

‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat dimana taubat Nabi Adam a.s diterima. Seorang mukmin yang iklas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudia meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.’

Sabda Rasulullah s.a.w

‘Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam mlam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahayang Isyak berjemaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.’

Sabda Rasulullah s.a.w seterusnya,

‘Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberikan kepada nya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu :

• Dibebaskan daripada api neraka
• Dibebaskan dari nifaq. (sifat orang munafiq)

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasulullah saw, maka mereka berkata,

‘Memang benarlah apa yang kamu katakana itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?’

Sabda Rasulullah s.a.w,

‘Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Alllah SWT kepada makhluk-Nya.’

Kata orang Yahudi lagi,

‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakana itu.Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang dieperolehi daripada berpuasa itu.’

Sabda Rasulullah s.a.w

‘ Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan iklas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara :

• Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
• Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
• Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
• Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
• Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
• Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
• Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.’

‘Benar apa yang kamu katakana itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu diantara semua para nabi.’?

Sabda Rasulullah s.a.w

‘Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).’

Kata orang Yahudi,

‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Allah illah illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).

Menarik artikel ni. Yg xberapa berkenan, JAIPK ade pautan gi web parti politik. Sewel arr, JAIPK kena neutral ahh.

Mutiara kata:
Jika yang disukai tidak menimpakan bala, pasti mendatangkan untung

More to come....

Monday, October 19, 2009

Majlis Hari Raya Polis

Assalamualaikum

Petang tadi, mak ak tnya, " gi silat mlm ni?" Ak ckp ak gi, lps tu mak ak ckp mlm ni ade majlis raya kt IPD Alor Setar. Kalo ak xgi, mak ak lah gi.

Alamak, sape nk jaga dua toyol tu? Kalo mak ak gi mesti diorang nk ikut, kalut nk layan diorang. Slalunya suruh balik cepat. Jadi, ak lah yg kena gi.

Lps Maghrib, ak dan ayah ak trus bergerak ke Alor Setar. Sampai2 je, org iring ke tmpt duduk. Aiseh, meja VVIP. Suma member ayah ak, org2 tua....ak xtau nk berbual ape. Duk diam jela.

Diorang buat stail gerai, kecuali VVIP makan hidang. Mcm2 ade cam satay, nasi minyak, mihun sup, cendol, mee kari. Ak xigt suma, ade 13 jenis makanan disediakan. Persembahan lak dari kombo polis, Sabri Beruang dan Pak Long (kalo ikut MC, dia ni pencipta lagu Pantai Merdeka).

Yg ak suka tgk Sabri Beruang, pandai buat lawak. Lps dia buat persembahan, Pak Long nyer turn. Mula2, asmaul husna. Lg dua lagu ak xingat, salah satu top dlm carta AIM terbaru. Kalo psl artis ni, ak mmg ngaku kalah. X amik tau pun.

Sambil2 tgk, pelayan2 mula hidang makanan. Kenyang betul makan mlm ni. Rezeki. Dlm kul 10.44, ak dan ayah ak bersalam dgn tetamu lain dan balik......

Sampai kt umah, dua toyol tu dh tido. Bagusla, esok ade periksa...

Mutiara kata:
Lebih baik jadi mantan penjahat dari menjadi mantan orang sholeh
(Salim Syihab hafizahUllah, ulama di Pontianak)

More to come...

Sunday, October 18, 2009

Duration...

Assalamualaikum

Currently, I am reviewing all available literature (documentary, manual, journal, official website of manufacturer). A very tiring job, a lot must be done to make sure my idea is viable and I don't mess up with patented product.

I haven't done my research on Malaysian forces yet. It is better for me to conduct interview with curator of museum or training commander.

I'm awaiting offer letter from SIRIM on my training in welding engineering. Once I completed my training and pass the examination, I'm a AWS CWEng. From the report of European Welding Federation (EWF), International Institute of Welding (IIW) has started to integrate EWF system in certification starting 2008. More market for me. If I not interpret wrongly, AWS CWEng certification is actually EWF/IIW diploma as AWS is member of IIW.

I'll be furthering my study in MSc. (Material Engineering) July next year. After my training, I start seeking job. It is kind of bored hanging around the house...

Mutiara kata:
Selagi membawa fitrah Adam, itulah yang terpegang
Selagi membawa sifat Muhammad, itulah yang teristimewa

More to come...

Thursday, October 15, 2009

Material Engineering

Assalamualaikum

I haven't done anything today. Just watching television. It is an headache to think, my design may be good, yet is there any suitable material?

Come to think of it, I don't have sound fundamental on materials. Fundamental needed are knowledge in solid mechanics, properties and suitable method of treatment. Without proper knowledge on this, it is doubtful for my rifles to withstand high pressure during firing if attempt for lighter rifle with standard material is made. Even 9mm Parabellum used in pistol exert pressure about 235 MPa during firing and we are talking about .50!

Another question need to be answered, what standard should I used in confirming durability of finished products? Should I used API/ASME?

I am taking rest from thinking about it today. I surfing the net looking for places offering INSEP. If there are courses more interesting from welding engineering, then I will try it. Oh, it seems Pahang Skill Development Center offer course on PCI for 10 months.

Surfing around....then I remembered. USM offered MSc. (Material Engineering) by mixed mode. It would be relevent taking this course to complete my proposal. I have check its requirement.
Any degree in Engineering with GPA at least 2.75. Great!!

I have decided, I will pursuit my master degree in Material Engineering instead of Chemical Engineering. It is not odd, if I involved in PD, I can use current knowledge of reactions and separations for flow diagram, while knowledge of material will guide in selection for material of construction. I should be able to adapt fundamental knowledge with current trend of technology.

UKM have the same course, by coursework. MSc. (Mechanical-Material). But, most of subject involving material is an electives, not core modules...

Mutiara kata:
Fundamental been taught
Advancement been thought

More to come...

Wednesday, October 14, 2009

Berniaga ape camni?!

Assalamualaikum

Ak xbape puas hati, KIS yg ak beli dari Shaiful Suliman dh kena senarai hitam! Aik, baru sebln. Ak dh daftar kt web Kaspersky. Balik dari konvo, adik ak bising.

Ak beli lesen 3 pengguna, 2 thn. Ak pun trus maklumkn kt dia, psl perkara ni pd 7/10/2009. Lama gak ak nk tunggu respon dier. Dia mintak balik kod pengaktifan...no prob. Pd masa yg sama, ak trus direct dgn Kaspersky

Lps 2 hari baru dpt reply...dia bagi kod baru, bila ak masukkan jd masalah lain. Luput 2010? Lesen lama sampai 2011. Ak pun maklumkn balik. Dia kata dia akan bgtau member dia.

10/10/09: Ak skype dia tanya dh setel @ x. Dia nk balik kod yg dia bg n mintak ak delete dari komputer ak, ak pun xkaco ape2 lg.

11/10/09: Ak tanya lg, dia kata nk check emel mlm tu... .

12/10/09: Solution yg Kaspersky emel kt ak xjd kt PC. Adik n abg ak xtest lg

13/10/09: Ak tanya lg, lalu skype...msg sampai, x berbalas. Ak malas nk telefon.

Masa kt U, ok lak dia berniaga. Kualiti servis dh xde bila dia stat keje. Biarpun berniaga keje sampingan, kenalah tepati janji.

Dia dh mula pening....nk berniaga sambil keje. Kalo dia terbaca ni, ak nasihatkn jgn berniaga jarak jauh dgn promosi barang2 kt blog kalo xmampu bg tepat pd masa dan xde servis lps jual beli yang berkesan. Ak xpercaya tempoh masa yg dia bg, mmg slalu lewat! Waktu ak beli pun, dpt lps 2 hari...padahal dia janji ak dpt mlm tu gak lps bank-in duit.

Sape2 nk jenguk blog dia: Kemanisan itu milik semua

Mutiara kata:
Harimau bunuh kerana lapar, ular bunuh kerana khianat
(Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad, pengasas PSSCM)

P/S: Tahniah kpd ahli UMP3 yg akan diijazahkan tammat mlm ni, moga perjuangan korang berterusan. Amin

Hidup Cekak!!

More to come....

Tuesday, October 13, 2009

Penin2

Assalamualaikum

Ak sibuk buat kertas kerja utk sarjana, kalo bole...ak nk push tajuk sendiri. Sbb nk push tajuk sendiri: Idea baru, bole dpt PhD trus (harapan! harapan!). Tp kalo dah tertulis, ak kena buat sarjana dulu....ak xnk buat melalui kajian; malas wooo....bole sampai 3 tahun.

Kalo buat melalui kerja kursus @ mod campuran....mula2 ak nmpk USM. Lps tu nmpk UKM, UPM, UTP, UTM dan UiTM. Jadi penin lak nk putuskan

Secara ringkasnya:

USM ade 40 jam kredit (20 jam kerja kursus, 20 jam projek), subjek2 elektif ditawarkan lebih menjurus kepada industri elektronik, farmaseutikal and mangkin.

UKM ade 36 jam kredit (30 jam kerja kursus, 6 jam projek), subjek2 elektif ditawarkan lebih banyak kepada rekabentuk loji. Ade juga elektif am mcm etika. Pengurusan projek adelah subjek wajib.

UTM ade banyak pengkhususan, yang pelik ade MSc (Polymer) dan MSc (Polymer Technology). Tambah perkataan "technology" trus kuar kursus lain. Mcm spesifik sgt...

UTP mmg pasal minyak, dia bole perincikn lg...Geosains, Kej. Kimia, Kawalan Proses dll. Tempoh 1.5 tahun. Bayaran...paling murah pun 10K utk sepanjang tempoh kursus. Paling mahal...Geosains, 120K.

UiTM.....banyak subjek pengurusan. Ak xbape minat sgt, kalo nk amik pun...baik keje dulu. Org dh ade pengalaman sesuai amik ni. Sasaran utk sape2 nk join kumpulan pengurusan kot.

UPM xde sarjana utk kejuruteran kimia, yg paling dekat kejuruteraan tenaga. Ak xbape jelas sgt.

Sebab lain ak xnk buat lalu kajian, sebab ura-ura ngatakan pelajar camni slalunya jd pensyarah trus. Bg ak, pensyarah ni benda akhir skali ak buat.

Ak x merendahkan kerjaya sebagai pensyarah. Tp, ak lg suka jd pensyarah yg ade pengalaman industri...baru mudah nk hubungkaitkn dan bole cerita mcmne keadaan sebenar lari dari teori.
Baik ikut cam Tn Haji Mat Noor; lebih 20 thn dlm industri baru jd pensyarah.

Mutiara kata:
Jangan fikiran sebagai naluri
Jadikan fitrah sebagai naluri

More to come...

Monday, October 12, 2009

Redesigning of clips

Assalamualaikum

In these past few days, I been thinking about optimizing fuel energy used to launch the bullet from its cartridge. If this fuel able to be optimized, coking buildup will reduce and effective range will increase.

It is NEVER in my interest to design a new type of bullet. One of my requirement in designing this rifle is the ammunition must be standard round; easily found in every corner of the world even behind enemy lines.

Just changing some engineering principle of the bullet while maintaining the same look...

Mutiara kata:
Guru mencari untuk ajar
Guru dicari untuk iktiraf

More to come...

al-Fatihah....

Assalamualaikum

Bapa kepada Uyu, pelajar thn 2 Kejuruteraan Awam baru sahaja kembali ke rahmatullah disebabkan sakit tua.

Marilah bersama2 kita hadiahkan al-Fatihah kepada arwah...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan takziah diucapkan kepada Uyu sekeluarga, semoga bersabar dalam menghadapi dugaan ni

More to come...

Sunday, October 11, 2009

Tips Belajar

Assalamualaikum

Ramai junior yg mintak tips blaja, yg mintak ak selesaikn soalan pun ade...hehehe

Ak xtau nk ckp camne...tp ni la rutin harian ak

1)Sblm Subuh, solat hajat 2 rakaat (sape yg rajin, bole qiamullail) dan mandi
2)Lps solat Subuh, isthigfar 40x (slalunya ak buat sambil baca buku, nk elak dari mengira)
3)Lps solat Zuhur, baca al-Quran sedikit
4)Lps solat Asar, senaman skit (slalunya latihan tangan dan kaki)
5)Lps solat Maghrib, selawat 70x (ak slalu buat selawat Nuril Anwar)
6)Lps solat Isya, nk main xpe....

Antara dua waktu, bole amik masa untuk blaja. Kalo xsempat sgt, tido awal utk bangun awal dalam kul 3 pagi dan blaja.

Sentiasa muhasabah diri, walaupun paper tu dh lps...akan datang ilmu nk pakai balik. Lps tu, cuba jgn tumpu kt pelajaran sahaja. Lps buat amalan kt atas tu, amik buku2 ilmiah yg luar dari skop belajar dan baca. Tak faham xpe, biar kita ade alasan nk bergaul dgn org.

Jgn jd ulat buku....benda2 teknikal bole blaja dari buku tp kalo pengurusan, kena buat. Cuba aktif dalam ape2 kelab.

Paling penting, slalu doakan ibubapa dan mohon rahmat Tuhan.



Mutiara kata:
Knowledge is foundation not basic

More to come...

Friday, October 9, 2009

Terbang...

Assalamualaikum

Lps grad n sementara nk tunggu SIRIM, ak pun melepak2 kt umah sambil perbaik rekaan dan cari bahan untuk Bab Pengenalan. Ain maklumkn kt ak, kalo nk lebih banyak maklumat, g Muzium Polis kt Jalan Rama-Rama di KL. Kenal sgt...dkt dgn Bukit Aman.

Lps Subuh, ak trus main game (Ceh, xbuat isthigfar). Tp sekejap je....aiihh, awat cepat sangat bosan. Tiba2 datang idea, nk jdkan laras sbg PFR utk tambahkan halaju muncung.

Tgh2 mengelamun, ak tgk2 almari gambar kt umah...terjumpa ni



Nostalgiknya....esei ak waktu Form 1 masuk dlm The Star. Ayah ak framekn. Ahh..baru ak ingat pasal poster pilihanraya ak buat utk Garfield dan anta ke The Star, hahaha. Dpt 1st place.

Lps tu, ak tgk gambar lain, ade gambar waktu ak konvo Silat Cekak. Gamba time tu serius je...mcm gamba konvo Ijazah UMP. Ketar kot.

Tergerak nk jengah almari yg lain, jumpa anugerah silat olahraga n pingat Gangsa waktu KBS. Teringat lak sijil2 ak dpt waktu join Kadet Polis, Pertandingan Rekacipta Sony, Intel...

Rupanya banyak benda ak dh kecapi selama ni. Tapi jarang sekali ak sedar, brape banyak kali ak tersasar dari jalan lurus dan lupa akan kekuasaan Tuhan. Mungkin banyak kejayaan, tp apa ak pernah sampaikan kt anak bangsa sendiri.

Ak sedar sekarang, kemampuan ak bukan utk keuntungan sendiri tp untuk martabat bangsa ak.
Mungkin jalan ak untuk menjadi penyelidik, biar ak rekrut anak bangsa sendiri dalam pasukan ak dan naikkan mereka.

Fikir kali kedua, baik ak buka perniagaan, 9/10 rezeki.

1. Rezeki wang
2. Rezeki peluang
3. Rezeki Iman
4. Rezeki Taubat
5. Rezeki ibadat
6. Rezeki memimpin
7. Rezeki persahabatan
8. Rezeki mengajar
9. Rezeki menjadi jujur

Lagi 1/10 lak...belajar. Ak akan bukak syarikat yg ada 10/10!

Amin

Mutiara kata:
Pada padi cerita gemilang tamadun Melayu

Thursday, October 8, 2009

AWS CEng

Assalamualaikum

Sblm ni, ak bercadang nk amik kursus NDT kt SIRIM. Tp ak tgk Welding Engineering pun menarik gak, bole amik exam utk dptkan American Welding Society Certified Engineer (AWS CEng). Ak pun call SIRIM Training Services Sdn. Bhd. dan tanya lebih lanjut ttg dua kursus tu.

Jawapan ak dapat:

NDT for Engineers:
Lima teknik NDT akan diajar (partikel magnetik, ultrasonik, radiograf, tembusan, visual) akan diajar. Sijil kemahiran tidak akan dikeluarkan. Alasannya sbb kursus ni bukan utk technician, cuma nk elak dari jurutera kena kelentong je. SIRIM akan keluarkan sijil kehadiran dan transkrip.

Welding Engineering (+Examination)-Leading to AWS CEng:
SIRIM baru buat kursus ni, koordinator dia pun xbape clear. Yg dia tahu ade 4 paper kena amik untuk dapatkan sijil AWS.

Nk lg lanjut, ak tanya abg ak. Dia konsultan kt PJ. Dia kata NDT dan welding bole buat duit. Dia sarankan ak amik yang ade pengiktirafan...lps tu bgtau dia, susah x? Hampeh...

Ak gi website American Welding Society, ak check pasal certified engr.

Maklumat yg ak dpt:

Ada 4 paper kena amik, Sains Asas (Fizik, Matematik, Kimia dll), Sains Gunaan (Bendalir, Bahan, Pemindahan Haba dll), Aplikasi Kimpalan (rekabentuk, NDT, kawalan, keselamatan, fizik arca dll) dan praktikal (buat pemeriksaan dan reka jalan kerja)

Jd keputusan ak....surat sampai kt SIRIM hari ni, insya Allah. Ak isi dalam borang tu, Welding Engineering.

Mlm semlm, abg ak call...brape kos nk amik kursus welding tu. Harga dia.....RM2700 untuk kursus asas 5 hari + RM500 utk test. Blm bole dpt AWS CEng lg. Ak plak...free sebln, siap ade elaun. Pihak SIRIM ckp, kalo borang ak lengkap...trus masuk bln depan.

Nasib baik ak LI kt Himpunan Penipu Agama..tmpt cikai, xsangkut dgn ape2 projek, bole cabut je.

Mutiara kata:
Berkatnya ilmu bila tunduknya kita pada Tuhan, hormatnya orang pada kita dan tersebarnya ilmu.

More to come...

Wednesday, October 7, 2009

ISO 22000:2005

Assalamualaikum

Ade benda yg blum ak cite psl HPA. Ak dh blah, tp..ade kisah sepjg ak kat situ yg ak xmuatkan lg.

ISO 22000:2005 adalah Food Safety Management System. Element paling penting adalah GMP n HACCP.



Ini adalah puree manga, korang perasan x tin dier kemek? Pakai jugak....

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertanggungjawab dalam mengeluarkan sijil halal utk produk



Nescafe ade sijil Halal dari JAKIM, HPA sibuk kutuk diorang pakai bahan terlarang. Knape HPA dapatkan sijil dari badan yang dia sendiri ragui?

Gambar ada seribu cerita, macam2 anggapan bole dibuat. Utk keyakinan korang, ak cadangkan korang lawat HPA F&B di Jitra dan cari Kit Niaga HPA. Tp kalo psl lawatan tu, ak rasa org tua tu xbagi masuk stor dan kaw pengeluaran.

Ak akan dapatkan testimoni dari personnel pengeluaran cam penyelia juruteknik, penyelia pengeluaran, QC, IPQC and pegawai QC...Ak tgh tunggu diorang dpt keje baru dulu. Dan diorang pun dh mintak.

Kalo nk menang dlm peperangan, kena kalahkan pengkhianat dulu...

Mutiara kata:
Biar tunduk depan alang
Biar tunduk depan Tuhan

More to come...

Tuesday, October 6, 2009

How it begans...

Assalamualaikum

I have encountered few persons asking about relevence of my proposal with my qualification. The answer....it is very far distant. The main reason I doing proposal about weaponry because I admire the technical aspects practice by sniper in conducting operation. It is extremely details and crucial.

Not to forget, my older brother also influence my interest in firearms. Currently, he joining International Practical Shooting Configuration (IPSC), an organization responsible in monitoring practical shooting. Unlike Olympic-style competition, practical shooting competition simulate CQC situation which require pinpoint accuracy, lightning speed and mental dexterity in order to win. To be blunt, it is like you fighting thugs in street using 9mm.



A CX4 Storm AirSoft



My bro collection



A real sniper scope...

Mutiara kata:
Tunduk kepadaNya kerana Dia sedia
Takut kepadaNya kerana Dia kekal

More to come...

Seorang graduan

Assalamualaikum

Secara rasminya, ak telah bergraduat dari UMP pada 3 Oct 2009...Yahuuu!!!



Ak xleh nk senyum dan rambut terkeluar dari mortar board...Arrghh!



Bergambar di gerai PSSCMUMP



Bakal graduan Cekak dan usahawan berjaya



Anugerah Buku.... 5 biji buku + cek RM500...ak nyer!!!



Graduan BKC n BKB....antara yg rapat



Di tgh2 mlm....bergambar dgn member baik sblm berpisah

Perjalanan ak di UMP berakhir setakat di sini....sekarang bermulanya perjalanan untuk menjadi seorang profesional. Asas kejuruteraan kimia ak dah ade, sekarang ak nk ambil kesempatan untuk pelbagaikan ilmu cam amik NDT n welding sblm sambung master kat USM. Kalo sempat, nk amik machine design.

Sebanyak2 penghargaan kepada pensyarah2 FKKSA yg banyak memerah keringat dan memberi ilmu dalam usaha membawa ak serta rakan2 untuk mencapai apa yg boleh dilihat pd hari ini selepas 4 tahun. Kpd PSSCMUMP, kalo xsebab korang, ak rasa ak terperap je dlm bilik jadi ulat buku dan xbelajar camne nk buat muka tembok dan hal2 pengurusan.

Lps ni ak nk boxkan rambut ak lerr...

Mutiara kata:
Setinggi cita-cita bermatlamatkan Tuhan

More to come...

Lagu