Sunday, November 29, 2009

Kerja..kerja..

Assalamualaikum

Lg 2 minggu kursus ak nk abis, exam xtau bila. Lambat pun xpe...blaja cam nk pecah kepala. Ak dh mula mencari kerja. Xkn nk duk rumah je...bila lg ak nk guna kemahiran ak, huahuahua.

Rabu lps ak dpt panggilan utk temuduga sbg Sales Engineer dari Taegutec. Abg ak kata xyh g sbb kerja dia promosi, bkn teknikal. Kalo stakat tu, xnk ak. Ak nk berminat dgn rekaan, tambah2 ak nk kejar AWS CWEng dan Ir. Kalo stakat jualan...dpt pengalaman dalam rekaan secara trus? Susah skit.

Selain tu, ak mintak gak Service Engineer dgn syarikat Tridenti Solution, syarikat rawatan air. Ak mintak gak kerja Chemist kat Power Weld, Melaka. Abg ak suruh ak mintak Engineering Associate kat SapuraCrest Petroleum. Baru je emel resume ak. Dgn kilang Pepsi dan kilang rokok pun ak mintak.

Penin gak nk cari kerja, nasib baik abg2 ak jurutera....Try mintak kt The Star lak.

Mutiara kata:
Sembahyang kerana Tuhan yang satu
Solat kerana Allah Maha Esa

More to come...

P/S: Minggu dpn, pasang streamyx kt umah...

Saturday, November 21, 2009

Setahun dlm sebln

Assalamualaikum

Dh 2 minggu x update, ak mmg tgh sibuk skang. Ak online ni kt CC, tgh cari bahan utk presentation Isn ni. Member ak x emel lg result dier, aduhhh!

Susah giler amik welding engineering ni; terutamanya pada org yd xpenah ngimpal cam ak. Kalo kt tmpt lain amik masa setahun nk belaja lps amik ijazah sarjana muda. Ak lak...kena abiskn silibus dlm masa sebln. Lps tu amik exam.

Susah2 pun ade sebabnya.....senang ckp, kalo dh ade sijil dr AWS, sijil ijazah sarjana muda tu cuma berguna nk mintak lanjutkan pelajaran. Kerja akn cari kita, bkn kita cari kerja.

Ak dh nekad, ak akn berusaha sebaik mungkin. Kalo ak xlulus skalipun, blum sampai rezeki ak...dan akan ak amik lg exam ni lps kumpul pengalaman.

Mutiara kata:
Nak malas kena rajin

More to come...

P/S: Ak igt xp kenduri Kusya, tp...usaha g gak arrr!

Sunday, November 8, 2009

Dh sampai

Assalamualaikum

Ak tgh sibuk isi borang nk mintak KISMEC dan PSDC, in case kalo2 surat dari SIRIM lambat sgt. Ak mintak Industrial Automation. Kursus ni buat psl operasi dan penyelenggaraan kilang. Menarik gak... 11 bulan.

Jadi ak isilah borang2 tu. PSDC leceh skit, kena dptkan pengesahan pegawai. Jd lps isi borang, g lah jumpa kawan ayah ak mintak cop. Dalam perjalanan, abg ak call...surat dari SIRIM dh sampai.

Sampai balik kt umah, ak tgk ade kertas berketap atas meja. Surat tawaran dari SIRIM, Welding Engineering-leading to AWS CWEng. Tempat, Shah Alam...puhh. Kalo dpt Johor, masak ak sbb penginapan x disediakan.

14/11 dh kena register...awat ade soft skill training?? Lps ak balik pd 10/12, baru ak update blog kot...

Mutiara kata:
Live with deepest mind not darkest heart

More to come...

Thursday, November 5, 2009

Pengajaran dari ayam...

Assalamualaikum

Keblakangan ni, mmg agak kalut skit....Sabtu ni, ade majlis kenduri sempena mak n ayah ak nk g haji. Ak nyer training pun xtau bila, kena tangguh sbb xcukup korum. Adooiiii.....

Ak tlg buat keje dapur sket, antaranya mengoreng ayam....



Awat terbalik ni?? Ape2 pun, memang ak melompat2 waktu mengoreng ni, terutamanya bila goreng hati sebab banyak air. Ak teringat hati mmg tmpt pencernaan dan detoksifikasi berlaku. Kalo asik makan benda haram, nk buang toksik lama dan sbb hati kawalatur satu badan, badan jd malas...otak akn cari benda senang dan nafsu jee...

Lps tu ak umpamakn dgn kehidupan. Kalo hati ni membara dgn amarah, mesti ada mengapi-apikan. Pihak yang mengapi-apikn mesti sabar sampai hati tu masak ikut kehendak dier. Sape2 yg tgh marah2, cuba cari punca sbb mesti ade yg menangguk di air yg keruh, kalo xigt Tuhan.

Mutiara kata:
Syaitan pakai nama manusia

More to come...

P/S: Ak rase cam ade org ak lupa jemput...Sape?

Tuesday, November 3, 2009

Gambar..gambar...

Assalamualaikum

Memo ak anta ke UMP

Kualiti Gambar Keluarga Majlis Konvokesyen pada 3 dan 4 Oktober 2009

Saya, Mohd Shamsul bin Husin (KE05009) yang baru bergraduat dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dari Universiti Malaysia Pahang pada 3 Oktober 2009 ingin mengadu tentang gambar keluarga yang baru sahaja sampai ke rumah saya melalui pos pada 2 November 2009

Saya amat tidak berpuas hati dengan kualiti gambar yang dihasilkan oleh pihak Insa Photo Zoom yang menjadi jurugambar rasmi untuk Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP). Gambar yang diterima dibungkus dalam sampul lembut, menyebabkan gambar itu patah apabila dihimpit oleh bungkusan surat yang lain.

Tambahan pula, hujan sedang turun pada waktu penerimaan menyebabkan sampul itu koyak dan sedikit sebanyak menjejaskan gambar itu. Cara penghantaran oleh pihak Insa Photo Zoom adalah sangat mengecewakan kerana cas penghantaran sebanyak RM10 dikenakan, melebihi harga sampul Pos Ekspres.

Saya berharap pihak Universiti dapat mengambil tindakan untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang kepada bakal-bakal graduan UMP.

Sekian, terima kasih

Yang Benar
Mohd Shamsul bin Husin

Ak anta ke seketariat konvo dan buat CC pada Dato NC....

Mutiara kata:
Ilusi adalah kebenaran yang tidak akan sempurna

More to come..

Lagu