Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Tuesday, March 9, 2010

12/3

Assalamualaikum

12/3...Ujian Sijil Rendah PSSCM di UMP

Kepada kawan2 ak yg nk amik ujian , xyhla rasa berdebar2 sgt. Korang dh usaha dan masa utk korang tawakal. Kalo berdebar sgt maknanya korang percaya kt kuasa sendiri je...Lupa pada Maha Kuasa.

Ak doakn yg korang berjaya. Kejayaan xdtg dlm bentuk korang dpt lepas ujian sijil shj. Lebih penting lg, berdoalah segala yg korang capai adalah anugerah bukan ujian....

Mutiara kata:
Riak itu hilangnya syukur, lupanya pada Tuhan

More to come...

Thursday, February 18, 2010

Alhamdu Lillah...

Assalamualaikum...

Dlm beberapa hari ni, mmg ak xsenang duduk, menunggu keputusan utk NDT Inspector. Ade rakan2 yg berhubung dgn pihak PUSPATRI dua hari lps temuduga...Trus diberitau xdpt, siap ckp dari Kedah pun xdpt. Alamak....knape ko berhubung awal sgt???

Mak ak tgk ak dh mundar-mandir sana-sini, suruh ak berhubung dgn pihak Johor trus. Dlm 1230, ak amik telefon, dial nombor.....Tut..tut..."Puspatri.."

"Assalamualaikum, saya nk buat sedikit pertanyaan, result untuk interview INSEP dah keluar?"

" Encik, sila tunggu sebentar"

(talian disambungkan)

""Assalamualaikum, saya nk buat sedikit pertanyaan, result untuk interview INSEP dah keluar?"

"Result dah keluar, encik minta kursus apa?"

"NDT Inspector"

"Nama encik?"

"Mohd Shamsul bin Husin"

"Encik datang dari Kedah?"

"Ya"

"Ok, encik telah berjaya dalam interview itu dan sekarang tunggu sahaja surat tawaran sampai"

"Terima kasih"

Ak keluar dari bilik...trus lompat dpn pintu! Mak ak sergah, "Lagi sikit nk kena alang pintu tu, dahla dia tinggi. Kang xyh p Johor kang," Syukur xkena!

Ak hubungi Azinuddin, rakan sekelas yg mintak tmpt yg sama. Dia x hubungi lg. Lps tu, hubungi rakan yg hubungi awal sgt, suh hubungi balik. Takut dia kena gempak sbb tanya awal sgt..disuruh tunggu seminggu, lps 2 hari hilang sabar!

Alhamdu Lillah, berbaloi-baloi rasanya berjalan dari utara ke selatan dan dikejar dua ekor anjing!

Mutiara kata:
Mencapai puncak, mencabar langit

More to come....

Sunday, February 14, 2010

14/2...Hari istimewa

Assalamualaikum

Hari ni agak istimewa...

Valentine...xde awek pun, lgpun ak xde gila nk tgk pompuan xpakai seluar kecik cam dibuat di sesetengah IPT.

CNY...xde org bg angpow pun.

Hari ni hari lahir ayah ak

Semoga panjang umur dan murah rezeki...

Mutiara kata:
Keramah ibu dan hikmah bapa
Doa untuk mereka turun kepada anak

More to come...

Monday, October 19, 2009

Majlis Hari Raya Polis

Assalamualaikum

Petang tadi, mak ak tnya, " gi silat mlm ni?" Ak ckp ak gi, lps tu mak ak ckp mlm ni ade majlis raya kt IPD Alor Setar. Kalo ak xgi, mak ak lah gi.

Alamak, sape nk jaga dua toyol tu? Kalo mak ak gi mesti diorang nk ikut, kalut nk layan diorang. Slalunya suruh balik cepat. Jadi, ak lah yg kena gi.

Lps Maghrib, ak dan ayah ak trus bergerak ke Alor Setar. Sampai2 je, org iring ke tmpt duduk. Aiseh, meja VVIP. Suma member ayah ak, org2 tua....ak xtau nk berbual ape. Duk diam jela.

Diorang buat stail gerai, kecuali VVIP makan hidang. Mcm2 ade cam satay, nasi minyak, mihun sup, cendol, mee kari. Ak xigt suma, ade 13 jenis makanan disediakan. Persembahan lak dari kombo polis, Sabri Beruang dan Pak Long (kalo ikut MC, dia ni pencipta lagu Pantai Merdeka).

Yg ak suka tgk Sabri Beruang, pandai buat lawak. Lps dia buat persembahan, Pak Long nyer turn. Mula2, asmaul husna. Lg dua lagu ak xingat, salah satu top dlm carta AIM terbaru. Kalo psl artis ni, ak mmg ngaku kalah. X amik tau pun.

Sambil2 tgk, pelayan2 mula hidang makanan. Kenyang betul makan mlm ni. Rezeki. Dlm kul 10.44, ak dan ayah ak bersalam dgn tetamu lain dan balik......

Sampai kt umah, dua toyol tu dh tido. Bagusla, esok ade periksa...

Mutiara kata:
Lebih baik jadi mantan penjahat dari menjadi mantan orang sholeh
(Salim Syihab hafizahUllah, ulama di Pontianak)

More to come...

Wednesday, September 23, 2009

Beraya....

Assalamualaikum

Ak g mana raya ni???



Ahli2 caw Kedah berenti di Gurun sblm tiba di destinasi



Sampai di destinasi....rumah YM Ustaz Ishak bin Itam



Jumpa Mije...



Kelas latihan di BM



Beraya di rumah mak angkat Adi di Gulau....jauhnya...

Sampai kt rumah persatuan, Said ckp member ak dari KLBB kirim salam, Zamir kot...jumpa waktu konvo nooo....

Mutiara kata:
Jangan menderhaka kepada guru
Jangan menderhaka kepada ibu
Jangan menderhaka pada bapa
Jangan bergaduh sesama ahli
Jangan mencaci silat lain
(Pantang-larang Silat Cekak)

More to come...

Sunday, September 20, 2009

Raya Pertama....Bday Jojo!!

Assalamualaikum

Lps solat sunat Aidilfitri, mintak maaf dgn makbapak n adik-beradik....G sambut bday Jojo!!


Time potong kek


Sukanya dia!!

Bertuah dia, bday jatuh raya pertama..Pak Tam doakan Jojo sejahtera hidup. Jgn pemalas sgt...huhuhu. Nk marah truk2 pun, ak pun mcm dia waktu kecik2

More to come....

Friday, August 28, 2009

Che Wanie

Assalamualaikum

Khas utk adikku si Jawa.....

Selamat harijadi, tgk gambar bawah ni jgn jeles, hahaha...



Sempena bulan Ramadhan ni, ak doakan ko dpt jumpa malam yg lebih baik dari seribu bulan, Lailatul Qadar. AMIN

More to come...

Thursday, August 27, 2009

Wishlist ak....

Assalamualaikum

Hari ni ak dh jd tua, tmbh lg sethn umur ak. Jatuh dlm bln posa, Alhamdu lillah.

Senarai permintaan ak:
1)Convert Master ak ke PhD
2)Menjalankan ibadah sunat secara konsisten
3)YM Tn Haji Ishak bin Itam segera sihat
4)Makbapak ak, adik-beradik ak n toyol kesayangan sihat sentiasa
5)Menjadi usahawan yg jujur n berjaya
6)Menguasai pelbagai cabang ilmu
7)Mengumpulkn bukti kukuh ke atas you-know-who
8)Dikurniakan keberanian dan kebijaksanaan
9)Mati dalam sebaik-baik keadaan

....dan banyak lg

Semoga Allah memakbulkan segala hajat di hati, Amin

P/S: Esok sape lak??? Hehehehe

Monday, August 10, 2009

al-Fatihah....

Assalamualaikum

Sekadar ingin membuat pengumuman, kekanda kepada Rahimah binti Yusoff, ahli PSSCMUMP telah kembali ke rahmatullah semalam atas sebab yg blum dipastikan.

Marilah bersama-sama kita sedekahkan ummul-kitab untuk kesejahteraan arwah...

DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali

al-Fatihah......

More to come...

Friday, August 7, 2009

12:34:56 07/08/09

Assalamualaikum

Maiiiiii.......selamat hari lahir!!!!!

Dh tua ni.....antara member2 silat ak, Mai paling matang n sensitif cam seorang ibu. Dia terer dlm bab2 yg melibatkan protokol. Mmmg ak respek abis sama dia!!! Ak lak cam bebudak je kalo compare dgn dia......agak gila2 walaupun kitorang sebaya.

Ak doakan ko mcm doa dr blog buaya merah ekkk......

Ak doakan ko jumpa kebahagiaan di sebalik kegembiraan dan temu kebijaksanaan di sebalik kemurungan sepanjang ko berjalan di atas muka bumi. AMIN

More to come.....

P/S: Ak tido lewat semata2 nk tunggu masa tu......

Lagu