Showing posts with label ingatan. Show all posts
Showing posts with label ingatan. Show all posts

Friday, February 26, 2010

4 sifat

Assalamualaikum

Alhamdu Lillah, dpt qiamullail pg td...Buat solat hajat sket dan selawat. Lps tu main Mafia Wars (huhuhu..). Ak tgh layan video psl kecacatan kimpalan yg dikuarkn The Welding Institute (TWI). Adeeiii, sakit kepala gak nk buat kertas kerja utk sarjana ni....tmbh lak, ak xpenah blaja pasal Sains Bahan. Baca sepintas lalu, setiap bahan ada cara rawatan tersendiri dan setiap cara rawatan ade pendapat berbeza. Silap pilih, cacat abis!

Camne ni, baru sket...dh pening. Camna nk dpt sifat fatanah (bijaksana)? Bila x dikurnia sifat tu, susahla nk tabligh (menyampaikan). Xdpt sifat tu, xsampai sifat berani. Xde sifat berani, mudah pecah amanah.

Keempat2 sifat (fatanah, tabligh, berani, amanah) ade pada Nabi Muhammad S.A.W sehingga dinobatkn oleh Barat sebagai manusia paling unggul dlm dunia. Rentetan sejarah menunjukkan bagaimana Rasullullah berjuang dlm usaha mengembangkn syiar Islam sehingga wafat pd umur 63 htn, sedangkan xperlu susah2, hanya berdoa kepada Allah s.w.t utk bagi senang cite. Knape?

Sbb ade sifat fatanah, Rasullullah sedar sebagai nabi, hanya dia yg mempunyai sifat maksum, bkn umatnya pada zamannya, zaman sahabat, zaman tabiin dan tabi tabiin, serta zaman skang.
Katakn jika Rasullullah sekadar berdoa, gerenti umat zaman skang hanya setakat berdoa menyerahkn segala-gala kpd Allah tanpa usaha.

Kalo jd camtu, bkn lg fahaman Sunnah tp Jabariyah; apa nk jd, jd..Kita akn jd lalang.

Utk bersatu, perlu ade sifat tabligh...Xde sifat ni, mmg fahaman asabiyah kuat. Suma nk simpan utk diri sendiri, Rahsia disimpan dari org yg xsampai dan musuh.

Sifat berani, xyh cite la...Psl amanah lak, Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad sentiasa menekankn, " Cakap jangan bohong, janji jangan mungkir, amanah jangan pecah"

Kita xbole jd nabi tp bole warisi sifat nabi dan meneruskan kelangsungan agama Islam.

Mutiara kata:
Jujur adalah melakukan semua perkara yg mampu
Usaha adalah melakukan semua perkara yg terbaik

More to come....

P/S: Semlm g ceramah Maulidur Rasul kt surau, ak dan anak sedara kena balik jalan kaki sbb ayah ak ade hal. Sampai dpn pintu; mak ak takut nk bukak....igt cucu dia toyol..dia xnampak ak sbb pakai baju melayu gelap, Lorr.....

Monday, August 3, 2009

ISA

Assalamualaikum

Baru2 ni ade perhimpunan haram yg menyokong dn memansuhkn ISA. Ak pelik, tang mana dlm Islam ajar tunjuk perasaan? Yg lg pelik, org bodo yg sokong pun join. Pekedai kt situ rugi nk dekat RM200j..Nk berdemo, kaco rezeki org. MMG BANGSAT.

Bagi ak, kebanyakan diorang seronok2 je melaungkan Allahuakbar. Memalukan, melaungkan takbir tp kena siram air, lari! Knape xlawan? Ramai jugak student yg join, yg kena tangkap tu...jgn harap dpt skrol. Kalo diorang ni berani, knape xg Palestin?

Kalo mansuhkan ISA hari ni, esok gerenti ade perebutan kuasa.....

Mutiara kata:
Berundur selangkah dari perang
Beraninya langkah ke neraka

More to come...

Friday, July 31, 2009

Doa Untuk Kesihatan

Assalamualaikum

Ak dengar ramai member2 kt UMP yg demam, di tengah2 negara tgh kalut dgn H1N1. Jadi, ak nk berkongsi doa hari ni

Allah huma afini fi badani, Allah huma afini fi sam'i, Allah huma afini fi bashori

Maksudnya: Ya Allah, sihatkan tubuhku, Ya Allah, sihatkan pendengaranku, Ya Allah, sihatkan penglihatanku

Afdal dibaca 3x slps Subuh n Asar

Kalo ade yg sakit...

Baca Surah Yassin, kalo tak yakin dgn bacaan, baca al-Fatihah 40x. Kalo bole buat dua2, lg bagus.

Lagi satu doa ialah doa rihul ahmar, sgt baik utk kesihatan terutamanya sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Ketiga2 penyakit ini sebenarnya buatan syaitan yg terkutuk melalui darah kotor kita. Penyakit strok penah wujud di zaman Nabi Sulaiman a.s dan doa ini diajarkan kepada baginda. Penyakit ini dikesan semula apabila kulit cucu Rasulullah s.a.w adanya bintik2 merah. Sekurang-kurangnya dibaca sekali seumur hidup.







Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…

Ak dapat doa ni waktu qiamullail kt SP. Ak xbrani nk bg sbb ak nk baca pun gagap lg, tp memandangkan keadaan sekarang, kita blaja sesama.

Mutiara kata:

Mulanya bersatu hati ialah berkongsi ilmu

More to come....


Thursday, July 23, 2009

Tahiyatul Awal dan Akhir

Assalamualaikum

Kita tgk tahiyat dalam BM, penghormatan...

Untuk tahiyat awal

"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah."

Sambungan untuk tahiyat akhir

"Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia."

Tinggal doa qunut...

Mutiara kata:
Mulanya solat menghadap Tuhan
Akhirnya solat mencintai Tuhan

More to come...

Tuesday, July 21, 2009

Thunder....Thundercats...Hoooo!!!

Assalamualaikum

Semlm ak g training, xjoin pun. Ahli tamat xcukup..jd ahli jatuh partner dgn geng sendiri. Masing2 penat dgn qiamullail kot...

Oleh itu, ak lepak2 dgn abg Chot, Ust Yasir (T.P, panggil ustaz sbb dia ajar Pend. Islam kt sekolah), Abg Mulok (B/hari)....Antara cite mlm tu...

Cite #1

Ade ahli mlm tu tanya abg Chot. Mana yg penting, jiwa @ mental? Abg Chot ckp mental, tambahnya, sbb tu Silat Cekak cuba serap kefahaman n ilmu dalam minda. Ahli tu pertikai, kalo jiwa bersih...ilmu bole masuk kn? Pusing n pusing, abg Chot malas nk berdebat. Dia akhiri pertikaian tu dgn ckp

"Kalo hang ckp jiwa tu kotor, hang kata Tuhan tu zalim. Sbb jiwa tu roh, roh kita dah akui Allah tu Tuhan. Bila kita dah ade ilmu, ilmu tu yg digunakan utk menbataskan nafsu..

Btul ckp abg Chot, roh kita mmg bersih. Bila dimasukkn dlm badan, setan n jin senang nk kaco sbb ade darah kotor yg jd tmpt tinggal dia. Nk atasi pujukan makhluk terkutuk, kena ade ilmu baru jiwa bole maintain bersih...

Cite #2

Yg ni rase suma dh tau....Pak Lah dpt Dr. Gila ke UUM? Mangkuk tu naikkn harga minyak, bole bagi Ijazah Doktor Kehormat (Falsafah Demokrasi)? Dhlah konvo sorang2, brape banyak duit abis tu. Abg Ad (S/U) habaq demokrasi dlm Kelate...demo nak kasi.

Cite #3

Majlis ijazah....UUM ade 133 permohonan...perrghh. Cawangan n SP xtau cite lg. Sesambil tu diorang puji cawangan Melaka sbb diorang bole bergerak tanpa mengharapkn IPT. Skang diorang ade masalah, sbb kurang penyertaan utk bengkel senjata pd 1 n 2/8. Bayaran RM125 xtermasuk penginapan.

Ak xmampu nk pi...abg Chot pun ckp, dia xdpt pi, camne nk bgtau ahli cawangan?

Cite #4

Ak bgtau abg Chot psl takbir cam salib.....Abg Chot ckp, "Jangan panggil lebam kt dahi, panggil Thundercats"

Mutiara kata:
Dapat amal yang sedikit
Dari tahu yang banyak

More to come...

More to come...

Monday, July 20, 2009

Qiamullail di SP

Assalamualaikum

Lama benar xupdate, agak penat.....Kilang ak cam sewel dh, bhn mentah mmg dah out. Skang sibuk bungkus ikan masin. Xlama lg, cuti ni...

Semlm ak g qiamullail kt SP anjuran PSSCM Caw Kedah. Pg ni baru balik. Penceramah n iman ialah ustaz Husri dr kelas latihan SP. Tido dlm dewan air-cond, xckp awal2, suma menggeletar time tido.

Antara isi tazkirah....

Tujuan Ishrak dan Mikraj......
1) utk mengembirakan hati Nabi s.a.w yg bersedih krn kehilangan dua penyokong terkuat
2) Menyampaikan ibadah solat kepada manusia
3) Menguji keimanan umat Islam pada zaman itu
4) Memberikan keadilan kepada langit kerana bumi bermegah-megah

Baitulmakmur, iaitu kiblat para malaikat yg berada di langit atas Baitullah. Dgn kata lain, kalo Baitulmakmur jatuh ke bumi, dia akn menimpa Baitullah.

Doa Iftitah adalah doa Nabi Ibrahim a.s.

Kisah batu terangkat di Palestin, batu ni nk ikut Nabi ke langit, tp dilarang oleh nabi. Sampai skang batu ni masih terangkat. Pada zaman Uthmaniyah, ade perempuan yg keguguran selepas terkejut melihat batu ni, jd khalifah pd zaman tu mengarahkan meletakkan batu lain di bawah batu tu.

Nabi Muhammad s.a.w diangkat ke langit disebabkan sifat sbg hamba bkn sbg insan (pelupa), bkn status sbg Rasul atau Nabi. Manusia dipanggil sbg insan, iaitu pelupa sbb manusia dh melupakn mereka dh bersaksi bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan mereka sewaktu roh-roh mereka disapu keluar dari tubuh Nabi Adam a.s dgn tanah oleh malaikat Jibril. Maknanya, roh-roh kita suma pernah bersama dgn Nabi Adam a.s.

Syarat2 minimum utk lps dari iman taklid
-Tau sifat 20 dn dalilnya
-Belaja bila nk buat
-Hilangnya sifat riak dan was2

Tahap2 ilmu
-Alim (berilmu)
-Mutaalim(belajar)
-Mutaamil(mendengar)
-org yg mengasihi org berilmu

Ilmu yg berguna
-Menjaga agama
-Menjaga nyawa
-Menjaga akal
-Menjaga harta
-Menjaga maruah
-Menjaga keturunan

Mutiara kata:
Guru sebagai panduan
Buku sebagai bantuan

More to come...

Tuesday, July 14, 2009

Keluhan Undertaker

Assalamualaikum

Kelmarin, ak chat dgn Ziffi lalu skype...dia ckp makin susah lak lps jd kelab, program cam xjadi n ahli xbersatu hati. Ak ckp dgn Ziffi rilek dulu, dh 3 bln sejuk...

Ak xnk ckp panjang2 sbb ak dh meninggalkn PSSCMUMP, sekarang ak dgn cawangan Kedah lak. Kalo korang mintak nasihat ak bagi. Kalo ade benda yg korang buat xbtul n duk diam, ak akn duk diam. X mcm dulu, ak cuba bg cadangan...Sekarang semua terserah kpd korang.

Inilah nama cabaran....Kita nk lintas titi, ke tepi jatuh, nk berundur xkn sampai destinasi lak, cuma tinggal mara ke depan. Korang xlintas titi tu sorang2, insyaAllah. Ranjau tu biasa, semua org pernah rasa penat n putus asa, ingat satu je...

PUTUS ASA BERMAKNA PUTUS DARI RAHMAT ALLAH!

Sebagai manusia, kita ni khalifah. Kalo kita putus asa, baik jadi katak, nyanyi panggil hujan.

Sape2 yg rase sejuk, korang seharusnya sedar korang beruntung belajar seni yg ringkas n efektif. Kalo betul korang sayangkn bangsa, agama dan negara, patut take part dlm kembangkannya. Kalo x, korang khianat bangsa sendiri....xkn nk diri sendiri je selamat di tengah2 pergolakan politik sekarang, baik duk pulau.

Ak bkn nk tunjuk lagak, tp ini senario ak skang....

Tiap2 pagi, 0500 ak dh bangun pg, mandi sbb xnk berebut bilik air dgn toyol2 yg nakal. 0715, ak dh kena gi praktikal, ak kena lalu highway. Dlm 30 minit, dh sampai tmpt keje. Ak diberi keje yg mcm tolol smpi ak rasa baik mintak keje jd operator, bole dpt gaji. Utk co-op dgn keadaan tu, ak kena apply chem eng proses lps tu ak tunggu mesin rosak, belaja cara nk repair. Tambah lak, majikan ak jenis berlagak alim...pg td dia bole ckp kalo malaikat tanya dlm kubur,"Pak Long xajar baca al-Quran?" memain camtu lak.....ak bole samakn dgn Ashaari yg mengatakan pengikut dia xkn disoal dlm kubur sbb dia akn jawabkn. Lps tu cari peluang kalo bole g bhgn lain, utk cari bhn utk report. Keje kt situ? Ak tunggu abis LI, ak nk ranapkn tmpt tu.

Kul 1700, ak abis keje. Dgn kepala ting-tong, ak berenti minum jap n trus bertolak balik ke rumah ak....Cuba kira, 30 minit ke tmpt keje dgn kelajuan 80 km/j. Mlm lak, kalo ade klas silat, ak kena gi Alor Setar...lalu highway lg, kena tol lg.

Ahli tamat jgn harap nk lepak, ahli kelas jatuh akn berpasangan dgn ahli tamat. Td ak dh kena berpasangan dgn ahli yg jarang turun kelas. Buah dia jd pelik2, badan ak jd sakit2. Tambah sakit, Abg Ad (S/U) jdkn ak model....xkisah arrr, ak pun nk improve buah, benda ni nk jga nyawa kita. Balik dlm kul 12, smpi rumah 0030....Mata ak xleh lelap lg ni. Otak ak tgh pikir psl proposal rifle ak, mcmne nk touch-up along with other proposal in case the rifle proposal doesn't turn out well.

Sekarang, compare ak dgn korang....kalo nk fikirkn, korang ade banyak masa terluang. Nk tido atau nk main game bole, belaja pun bole kalo rajin. Cuma luangkn sedikit masa je utk bangsa sendiri.....Tgh2 LI, ak bole gak join wajadiri.

Mutiara kata:
1000 tahun dalam sejam di dunia, lalai
1000 tahun dalam sejam di akhirat, sedar

More to come....

Monday, July 13, 2009

Puji-pujian bagi Allah

Assalamualaikum

Tinggal doa qunut n tahiyyat blum diberitahu maksud....

Ak hold dulu, terutamanya doa qunut...ak xbape igt lg. Nk ckp tp xtau, xguna langsung

Bacaan sewaktu rukuk

"Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya."

Bacaan dlm iktidal

"Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji."

Bacaan waktu sujud

"Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya"

That all for now...

Mutiara kata:
Carilah guru yang mursyid lahi siddiq

Saturday, July 11, 2009

Berkongsi doa antara dua sujud

Assalamualaikum

Selamat, rumah ak xde ape2 suspicious....

Hari ni ak nk berkongsi doa antara dua sujud, kena tau makna baru Tuhan terima, insyaAllah

"Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sama2 kita meningkatkn kualiti solat kita

Mutiara kata:
Tambah satu kepala
Datang seribu cara

More to come....

Thursday, July 9, 2009

Maksud Doa Iftitah

Assalamualaikum

Ak nk berkongsi maksud doa Iftitah, doa yg dibaca selepas takbir yg pertama....

"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."

Setakat ni doa qunut yg ak xbape igt maksud dia...huhuhuhu.

Ak cuma bole tunjukkan maksud je. Kalo nk huraikan, ak cuma bole hurai satu lapis je buat masa ni. Geng2 Pahang, panggil Ust Mustapha Kamal, cucu Tok Ku Paloh bg ceramah lps konvo. Bole ak join, dia bole hurai psl azan 3 jam wooo..... Kalo Almarhum Ust Hj Hanafi, boleh hurai 2.5 kertas kajang psl satu ayat al-Quran.

Mutiara kata:
Doaku bagai arang
Amalanku hiasannya

More to come...

Tuesday, June 23, 2009

Perasan kot...

Assalamualaikum

Operator2 kt tmpt LI ak suma ramah2, asik tanya ni, tanya tu n mcm2. Yg tanya lak.....pompuan. Bnyk kt sini cun2 gak. Ak xleh nk cuci mata, rase kena pakai wiper.

Tapi...

Tiap2 hari lps solat ak berdoa supaya dipertemukan jodoh yg sesuai. Imej si dia makin lama, makin luntur dari fikiran aku samada itu satu tanda @ ak terlalu sibuk (demo, proposal, LI). Ntahlah, buat masa skang, benda tu agak remeh.

Ak kena tumpukn pada yg penting dulu, sbb ak bole pergi lebih jauh dgn keupayaan ak sekarang dan ak xkn biarkan keupayaan ak duk taraf tu je. Buat masa skang, otak ak ligat memikirkan proposal yg kedua utk master dlm Chem. Eng. Tgh tunggu adik ak sampai dr KL, bawa buku2 ak skali.

Tambah sibuk, minggu ni je ade 4 demo, kena jd urusetia lak!!! Demo pembukaan KBS, penutup KBS, pertandingan n penerangan di UniMAP. Ak igt nk tlg2 gitu je cawangan Kedah, mai2 first class je, Abg Chot dh suruh buat demo. Tp, tmbh kenalan baru n tmbh ilmu baru...ok gak.

Rezeki ak mmg melimpah skang

LI...hr2 ak cite nooo, ak harap operator kt situ cepat2 lah dpt keje lain. Kesian ak tgk anak bangsa sendiri kena tekan.

Hari ni ade ape ekk?

Mutiara kata:
Tanggungjawab
Diberi, orang percaya
Diabai, kurang kerja

More to come

Friday, June 12, 2009

Event bulan ni....

Assalamualaikum

Bulan ni....

15/6---Start LI!!!

23/6---Hari yg spesel

27/6---Pertandingan Wajadiri

Utk ingatan shj, hohohoho

Mutiara kata:
To become perfect hunter
The eyes must hear

More to come...

Friday, June 5, 2009

Pesanan Abg Chot dan Abg Roslizan

Assalamualaikum

Ak baru balik dr gotong-royong kat rumah Pak Lang. Abg Chot ajak ak datang pagi td. Ak mai jam 5 ptg lepak2 jap dgn geng2 Kedah. Lps tu gi homestay, jumpa abg Roslizan...

Panggil ak Tuan Sam lak.. Lepak2 kat situ ak dengar org2 lama bercakap, macammane abg Roslizan translate pengajaran Silat Cekak ke dalam bentuk program, pandangan diorang tentang ucapan MB T'ganu (mmg panas ati, Tuhan mmg nk tunjuk, banjir n bumbung bocor) n respon abg Maiden...

Adi ade cadangan nk buat kursus grooming pd graduate UUM. Abg Roslizan sokong, dia kata kita ajar teori, buat praktikal and buat test (stail CBTA, ikut dia).

Yang ak tertarik bila abg Chot and abg Roslizan ckp...Guru Utama rimas bila terlalu ramai sgt datang melawat dia sampai ada yg kena halau. Lagi satu lak...ahli je kalo nk tahu lanjut. (ahli yg nak tau, sila skype, tulis kt sini, org xblaja baca, satu hal)

Bukan apa, Guru Utama suka anak murid datang tapi yg datang...... kebanyakan kurangnya adab.

Adabnya: Bila nk berziarah, bawa sedikit buah tangan dan baca al-Fatihah 40x sambil ngadap org jika kita lawat org sakit

Mutiara kata:
Biar ilmu seberkas padi
Bagi bangsaku makan nasi
Bukan ilmu sebatang nyiur
Bagi bangsaku bertegang leher

More to come...

P/S: Adi tgh setting nama ak sbg AJK, mlm td mkn sup daging fresshhhh....

Wednesday, May 27, 2009

Ingatan....

Assalamualaikum...

Minta sebarkan pesanan ni... from my junior

[8:31:00 PM] ~SiTi f@r@h @tIr@h~: Sebarkan kalu sayang pada islam>BAHAYANYA KARTUN POKEMONPOKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya??? POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi,>CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah(nauzubillah) ...... jadi.... tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua......> Protect Our Population Of Islam.... sumer org yg ade yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni: anamuslim_cute_ 97@yahoo. com die cuba nak murtadkan org Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!! (kalau rase sayang ngan org Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) Salam

Mutiara kata:
Lihat dgn mata jangan percaya,
Dengar dgn telinga jgn percaya,
Tapi berfikirlah dgn fikiran yg waras...
( dari Almarhum Ust Haji Hanafi bin Haji Ahmad)

More to come....

Lagu