Friday, June 25, 2010

Lama btul...

Assalamualaikum

Lama btul xmenulis, bukak internet pun sat2 je. Dlm masa 3, 4 bln mmg sibuk dgn stadi. Nk join klas silat pun...agak sukar (padahal uniform dh bawak, huhuhu). Sambutan esok kt Melaka pun xg. Adooiii...bnyk benda kena tinggal utk sementara waktu. Alhamdu Lillah, ak masih amalkan perkara2 yg diajarkn kpd ak. Susah sgt nk turun klas, ak buat latihan tgn kaki lps subuh (Keblakangan ni, bnyk tinggal gak..World Cup, hehehehe).

Kursus yg ak ikuti skang adalah Inspektor Ujian Tanpa Musnah (NDT). Banyak praktikal dari teori. Mmg kena blaja btul2, sebab alat2 cuma bole pakai waktu klas. Kadang2 sampai malam sbb berkongsi alat. Tanggungjawab NDT ni besar, kalo ak kata xbole, jurutera pun berpeluh-peluh sbb kena hentikn projek buat sementara....menjawab dia!

Kadang2 ak terfikir knape lps SPM, ak xtau psl NDT ni?? Abg ak jurutera pun, teringin nk blaja. Kalo kat luar, blaja utk sehari kena RM300. Kalo nk amik exam kena masuk kelas seminggu utk satu teknik. Ak lak, blaja percuma selama 4 bln utk 4 teknik. Untung!!!

Lps ni, ak igt nk kerja dulu..nk cari bahan kajian utk sarjana ak; mungkin dalam setahun @ dua. Lps tu blaja psl kimpalan btul2 sampai tahap 3. Ak igt nk buat sarjana secara secara separuh masa dgn buat kajian. Dalam masa keje, kumpul duit skit...utk amik iCorr Painting (Level 1) and Coating Inspector (Level 2).

Mutiara kata:
Sejauh perjalanan untuk mencari cermin

More to come...

Sunday, March 14, 2010

Errgghhh...malasnya stadi

Assalamualaikum

Ak baru je layan sekerat video pasal kimpalan menggunakan Tungsten Inert Gas (TIG). Video tu sampai 1 jam 20 minit. Hari ni dan semlm, baru abis 45 minit. Aduiii...Ade bnyk lagi tutorial, kertas kerja dan dokumentari ak kaji lg.

Bnyk tul dugaan. Best woo...tgk cite Korea The Slave Hunter aka Chuno. Menarik tgk psl pergelutan politik dan stail diorang main pedang serta bergaduh. Cam Wing Chun. Tmbh lak, abg dan kakak ipar ak sampai semlm. Ade anak sedara umur 2 thn, mmg asik g sakat dier arr. Dia xbiasa dgn ak, nmpk ak je, nangis cr mak dia. Hehehehe...

Rakan di UMP dh abis ujian rendah PSSCM. Alhamdu Lillah, setakat ak tau, xde ape2 kejadian xdiingini berlaku. Cuma ade member ak, Aida, thn 2 Kejuruteraan Kimia xdpt amik sebab mengalami kecederaan seblm tu. Xpe2, thn depan ade lg, Insya Allah. Sempat gak ak tnya diorang soalan ape utk teori....bole inform caw Kedah.

Aish, bila surat dr Johor nk sampai ni??

Mutiara kata:
Budaya Melayu membawa ajaran ulama

More to come....

Wednesday, March 10, 2010

Prof???

Assalamualaikum

Ak baru je baca Utusan Malaysia. Tajuk berita yg paling ak suka hari ni; "Kaji skim khidmat pensyarah"

Kerajaan akn jalankn kajian yg membolehkan
1. Pengkaji yg berwibawa dpt jawatan prof tnpa terlibat dgn pentadbiran
2. Prof yg berwibawa bole dpt gaji lebih tinggi dr NC

Perrrgghh....peluang yg patut direbut, kalo bole jd prof xyh sangkut dgn pengurusan, lg semangat ak nk sambung belajar.

Mak bapak ak mmg teringin nk tgk ak dpt PhD... Syukur Alhamdu Lillah , mungkin ak susah nk dpt keje sbb ade jalan lebih baik yg ditakdirkan utk ak lalui. Perkara2 yg berkaitan dgn kajian ak, mudah je ak dpt.

Ak berdoa supaya ape yg ak dpt adalah anugerah. Kalo rezeki yg dtg pada ak adalah satu ujian, ak bermohon kepada Allah moga hati ak ditetapkan atas jalan yg lurus dan dikurniakn nikmat serta tidak dimurkai.

Mutiara kata:
Fitrah manusia tu mencari Tuhan

More to come....

Tuesday, March 9, 2010

12/3

Assalamualaikum

12/3...Ujian Sijil Rendah PSSCM di UMP

Kepada kawan2 ak yg nk amik ujian , xyhla rasa berdebar2 sgt. Korang dh usaha dan masa utk korang tawakal. Kalo berdebar sgt maknanya korang percaya kt kuasa sendiri je...Lupa pada Maha Kuasa.

Ak doakn yg korang berjaya. Kejayaan xdtg dlm bentuk korang dpt lepas ujian sijil shj. Lebih penting lg, berdoalah segala yg korang capai adalah anugerah bukan ujian....

Mutiara kata:
Riak itu hilangnya syukur, lupanya pada Tuhan

More to come...

Friday, February 26, 2010

4 sifat

Assalamualaikum

Alhamdu Lillah, dpt qiamullail pg td...Buat solat hajat sket dan selawat. Lps tu main Mafia Wars (huhuhu..). Ak tgh layan video psl kecacatan kimpalan yg dikuarkn The Welding Institute (TWI). Adeeiii, sakit kepala gak nk buat kertas kerja utk sarjana ni....tmbh lak, ak xpenah blaja pasal Sains Bahan. Baca sepintas lalu, setiap bahan ada cara rawatan tersendiri dan setiap cara rawatan ade pendapat berbeza. Silap pilih, cacat abis!

Camne ni, baru sket...dh pening. Camna nk dpt sifat fatanah (bijaksana)? Bila x dikurnia sifat tu, susahla nk tabligh (menyampaikan). Xdpt sifat tu, xsampai sifat berani. Xde sifat berani, mudah pecah amanah.

Keempat2 sifat (fatanah, tabligh, berani, amanah) ade pada Nabi Muhammad S.A.W sehingga dinobatkn oleh Barat sebagai manusia paling unggul dlm dunia. Rentetan sejarah menunjukkan bagaimana Rasullullah berjuang dlm usaha mengembangkn syiar Islam sehingga wafat pd umur 63 htn, sedangkan xperlu susah2, hanya berdoa kepada Allah s.w.t utk bagi senang cite. Knape?

Sbb ade sifat fatanah, Rasullullah sedar sebagai nabi, hanya dia yg mempunyai sifat maksum, bkn umatnya pada zamannya, zaman sahabat, zaman tabiin dan tabi tabiin, serta zaman skang.
Katakn jika Rasullullah sekadar berdoa, gerenti umat zaman skang hanya setakat berdoa menyerahkn segala-gala kpd Allah tanpa usaha.

Kalo jd camtu, bkn lg fahaman Sunnah tp Jabariyah; apa nk jd, jd..Kita akn jd lalang.

Utk bersatu, perlu ade sifat tabligh...Xde sifat ni, mmg fahaman asabiyah kuat. Suma nk simpan utk diri sendiri, Rahsia disimpan dari org yg xsampai dan musuh.

Sifat berani, xyh cite la...Psl amanah lak, Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad sentiasa menekankn, " Cakap jangan bohong, janji jangan mungkir, amanah jangan pecah"

Kita xbole jd nabi tp bole warisi sifat nabi dan meneruskan kelangsungan agama Islam.

Mutiara kata:
Jujur adalah melakukan semua perkara yg mampu
Usaha adalah melakukan semua perkara yg terbaik

More to come....

P/S: Semlm g ceramah Maulidur Rasul kt surau, ak dan anak sedara kena balik jalan kaki sbb ayah ak ade hal. Sampai dpn pintu; mak ak takut nk bukak....igt cucu dia toyol..dia xnampak ak sbb pakai baju melayu gelap, Lorr.....

Lagu