Tuesday, November 3, 2009

Gambar..gambar...

Assalamualaikum

Memo ak anta ke UMP

Kualiti Gambar Keluarga Majlis Konvokesyen pada 3 dan 4 Oktober 2009

Saya, Mohd Shamsul bin Husin (KE05009) yang baru bergraduat dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dari Universiti Malaysia Pahang pada 3 Oktober 2009 ingin mengadu tentang gambar keluarga yang baru sahaja sampai ke rumah saya melalui pos pada 2 November 2009

Saya amat tidak berpuas hati dengan kualiti gambar yang dihasilkan oleh pihak Insa Photo Zoom yang menjadi jurugambar rasmi untuk Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP). Gambar yang diterima dibungkus dalam sampul lembut, menyebabkan gambar itu patah apabila dihimpit oleh bungkusan surat yang lain.

Tambahan pula, hujan sedang turun pada waktu penerimaan menyebabkan sampul itu koyak dan sedikit sebanyak menjejaskan gambar itu. Cara penghantaran oleh pihak Insa Photo Zoom adalah sangat mengecewakan kerana cas penghantaran sebanyak RM10 dikenakan, melebihi harga sampul Pos Ekspres.

Saya berharap pihak Universiti dapat mengambil tindakan untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang kepada bakal-bakal graduan UMP.

Sekian, terima kasih

Yang Benar
Mohd Shamsul bin Husin

Ak anta ke seketariat konvo dan buat CC pada Dato NC....

Mutiara kata:
Ilusi adalah kebenaran yang tidak akan sempurna

More to come..

No comments:

Post a Comment

Lagu