Thursday, December 10, 2009

Huarrghh

Assalamualaikum

Akhirnya kursus Welding Engineering dh abis.....dh amik test. Alhamdu Lillah, senang....walaupun ak tgk member2 ak serabut menjawab soalan. Sijil kehadiran dh dpt siap dgn surat pengesyoran dari SIRIM kalo nk cr keje.

Ak pelik gak, knape IPTA xtawarkan kursus2 kritikal cam Welding Engineering atau NDT (Non Destructive Test)? Sbb kalo ade kelulusan camni, karier xyh risau sbb mmg org akn sentiasa cari. Dari pembinaan ke O&G ke loji ke laut, mmg nk pakai samada utk rekaan, pemeriksaan dan pembaikian.

Sape2 nk tau psl lokasi kursus2 percuma, ak leh bgtau. Ak xde tau semua, tp tau lebih banyak dari sesetengah orang.

Lps terima sijil....ak anta resume kt HR SIRIM. Amboiii, borang siap ade soalan psl adik-beradik. HR bgtau kt ak, graduan kejuruteraan slalunya dpt keje kontrak. Xkisah la, asal ak xlepak umah sampai bln 7.

Balik rumah, ak melayari Jobstreet. cari keje.....adoii, suma nk trainee. Mmg keje gila2 lps tu kena ikat. Ish, xpasal2 x sambung sarjana, lewat arr dpt CWEng.

Ak isi borang pencalonan sarjana USM dalam bidang Material Engineering (Mixed Mode). Ak kena balik UMP utk dptkn tandatangan Encik Rozaimi (Ketua Program Bioteknologi). Lg satu tandatangan, ak amik abg Dollah la. Bila ak nk pegi ni? Kena anta sebelum akhir Januari.

Lps tu ak isi borang utk sertai latihan Ultrasonic Testing (UT) kat ABM Wilayah Selatan selama 6 minggu. Waktu ak berkursus, ak dh ade pendedahan ttg UT, tp mmg payah berbanding Penetrant Testing (Dyepen), Magnetic Particle Testing dan Radiographic Intepretation (RI). Sampai skang ak pening cari nk tentukur UT, lain pemancar lain teknik. Member ak yg lama duk dlm industri ckp; baik amik UT melainkn WI wajib ade RI.

Ak teragak2 jugak nk g BeST ni.....

Ak dah scan sijil kelayakan akademik ak. Esok scan sijil2 ko-k lak. Esok nk explore jln g Puncak Alam....nk tgk UUM buat demo dan amik buku ak.

Ramai coursemate ak dh dpt keje, ak lak asik jumpa tmpt latihan percuma je. Tuhan mcm tunjuk jalan ak utk sementara ni ialah belajar.

Mutiara kata:
Putus ilmu pada yang jahil

More to come...

2 comments:

  1. salam ziarah, jika mahu mengetahui rahsia melayu, islam dan kebangkitan akhir zaman sila mengunjungi www.nusanaga.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. nk dtg ump ? ikut bus kami blk nnti ... byk kosong klu kurus mcm ko mmg muat nyer ...

    ReplyDelete

Lagu